Bantu Angkat Anggota PGA Rebah Ketika Perbarisan, Tindakan ADUN Nangka Ini Dipuji Netizen

15 May 2023 • 3:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terbaik YB Annuar Rapaee

Bantu Angkat Anggota PGA Rebah Ketika Perbarisan, Tindakan ADUN Nangka Ini Dipuji Netizen. Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 selama lapan hari sehingga 24 Mei ini.

Persidangan itu dimulai dengan Istiadat Pembukaan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak dihidapan pintu masuk DUN.

image is not available
Bantu Angkat Anggota PGA Rebah Ketika Perbarisan, Tindakan ADUN Nangka Ini Dipuji Netizen. Kredit: Bernama

Semasa berlangsungnya istiadat tersebut, majlis itu dikejutkan dengan satu insiden dimana salah seorang anggota PGA rebah dan pengsan semasa perbarisan.

Pantas bantu bangunkan ahli PGA yang rebah

YB Datuk Dr Annuar Rapaee selaku ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, N55 Nangka yang turut berada di situ gegas membantu mengangkat anggota PGA tersebut.

Tindakannya itu mendapat pujian daripada netizen setelah tularnya beberapa keping foto beliau yang gigih membantu anggota PGA tersebut.

image is not available

Gambar tersebut telah dikongsikan oleh Bernama menerusi laman Facebook mereka sehingga menarik perhatian netizen.

Ini antara reaksi netizen.

Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah diutarakan oleh netizen. Rata-rata daripada netizen memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh beliau.

image is not available

“Terbaik YB Datuk Annuar tidak mengira kedudukan”

“Inilah pemimpin yang harus dicontohi tidak mengira kedudukan”

Tambah netizen, kemungkinan disebabkan oleh faktor cuaca dan keadaan anggota tersebut yang kurang sihat menyebabkan beliau rebah dan pengsan semasa perbarisan.

Baca lagi artikel menarik: