“Datuk Hattan patut belajar dari pro” – Selamatkan ‘Air Muka’ Wartawan, Zahid Hamidi Dipuji Netizen

Entertainment
2 May 2023 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih kecoh diperkatakan mengenai isu penyampai berita Astro Awani telah ‘disekolahkan’ oleh Datuk Hattan ketika siaran langsung untuk belasungkawa Allahyarham Mael XPDC.

Tindakan Hattan ternyata mendapat kecaman hebat netizen sehinggakan baru-baru ini, ada yang membandingkannya dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang ternyata lebih ‘pro’ dalam menangani situasi.

image is not available

“Dia selamatkan air muka saya, i tiba-tiba blank”

Menerusi posting Nadia Zaman, seorang wartawan BERNAMA di Twitter, dia telah berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi ‘blank’ secara tiba-tiba ketika sedang bersiaran langsung bersama TPM di sebuah rumah terbuka baru-baru ini.

Menurutnya, dia hampir saja menyebut nama tempat Bagan Datuk kepada Bagan Lalang, namun mujurlah Datuk Seri Zahid dengan pantas memperbetulkan kesilapan yang hampir dilakukannya.

Saya sedang bersiaran langsung dengan Datuk Seri Zahid, dan dia telah menyelamatkan air muka saya. Saya tiba-tiba blank sebab dalam otak ingat Bagan Lalang.

“Sebelum tersebut cepat-cepat beliau betulkan Bagan Datuk. Hattan patut belajar dari pro haha. Bukan tak buat homework tau tapi blank sebab nervous,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia juga mudah jadi gemuruh apabila bersiaran langsung depan ramai orang seperti situasi di rumah terbuka tersebut.

“Dulu pernah sidang media je, tanya soalan dekat menteri, tapi sebab ramai orang, tangan menggeletar sampai pen jatuh, tak boleh menulis langsung. Semalam jenuh control supaya tak menggeletar pegang mic,” katanya lagi.

image is not available

“Sempoi je dia sambung ayat u”

Perkongsian wartawan berkenaan telah mendapat pelbagai komen pujian kepada Zahid dan ada juga memberi kata-kata semangat kepada wartawan itu dengan mengatakan perasaan gementar merupakan perkara normal bila berhadapan dengan ramai orang.

image is not available

Susah juga jadi wartawan ni, di samping kena tahu isu semasa, korang juga perlu berhati-hati supaya tak nervous sampai salah sebut nama tempat atau orang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.