Bantu bayar RM50 juta untuk Najib adalah berpahala – Nik Abduh

LocalPolitics
8 Nov 2026 • 3:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bantu bayar RM50 juta untuk Najib adalah berpahala – Nik Abduh

PETALING JAYA – Bukan hanya sumbangan wang ringgit, malah sebarang tindakan dan usaha membantu memudahkan kesukaran Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan hak yang dibenarkan juga dianggap sebagai satu amalan berpahala.

Demikian pandangan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi dua hantaran terbaharunya di Facebook yang menyentuh usaha orang ramai membantu bekas Perdana Menteri itu.

Menurut beliau, tindakan umat Islam membantu membayar RM50 juta bagi pihak Najib bukan bermaksud menyokong perbuatan salah, sebaliknya merupakan sokongan terhadap sistem pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang diiktiraf syarak.

“Muslim bantu bayar RM50 juta utk Datuk Seri Najib Razak adalah berpahala. Ia bukan sokong sakau. Ia menyokong sistem pengampunan Agong yang diakui syarak,” katanya di media sosial.

Dalam hantaran terbaharu pula, beliau menegaskan bahawa bukan hanya sumbangan wang ringgit yang membawa ganjaran pahala, malah apa sahaja usaha untuk memudahkan kesukaran Najib memperoleh hak yang dibenarkan turut mempunyai nilai kebaikan.

“Bukan hanya derma, malah sebarang tindakan dan usaha memudahkan kesukaran Najib memperoleh haknya yang dibenarkan adalah berpahala,” katanya.

Kedua-dua hantaran berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial dengan mencatatkan ribuan tanda suka serta ratusan hingga ribuan komen. – KOSMO! ONLINE

The post Bantu bayar RM50 juta untuk Najib adalah berpahala – Nik Abduh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved