Bukan derma saja! Sebarang tindakan, usaha mudahkan Najib dapat hak juga berpahala – Nik Abduh

LocalPolitics
8 Nov 2026 • 4:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebarang tindakan atau usaha membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh hak yang dibenarkan turut dianggap sebagai amalan berpahala, bukan hanya melalui sumbangan wang ringgit semata-mata.

Demikian pandangan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi hantaran terbaharunya di Facebook yang menyentuh soal usaha memudahkan kesukaran dihadapi Najib.

“Bukan hanya derma, malah sebarang tindakan dan usaha memudahkan kesukaran Najib memperoleh haknya yang dibenarkan adalah berpahala,” katanya.

PRN: Tercicir sebagai calon PAS, Nik Abduh perjelas apa sebenarnya berlaku

Kenyataan terbaharu itu memperlihatkan pandangan Nik Abduh bahawa bantuan kepada Najib tidak terhad kepada sumbangan kewangan, sebaliknya turut merangkumi usaha lain bagi memudahkan bekas Perdana Menteri itu mendapatkan hak yang dibenarkan.

Sebelum ini, Nik Abduh turut menyatakan bahawa tindakan umat Islam membantu membayar RM50 juta bagi pihak Najib merupakan amalan yang berpahala.

Menurutnya, bantuan tersebut bukan bermaksud menyokong perbuatan salah, sebaliknya sebagai tanda sokongan terhadap sistem pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang disifatkannya sebagai diiktiraf syarak.

“Muslim bantu bayar RM50 juta utk Datuk Seri Najib Razak adalah berpahala. Ia bukan sokong sakau. Ia menyokong sistem pengampunan Agong yang diakui syarak,” katanya sebelum ini.

Asyraf Wajdi bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah terkini yang berjaya dikumpul melalui 'Tabung Solidariti Najib Razak' tersebut. - Foto fail/Astro AWANI

Pandangan berkenaan merupakan pendirian peribadi Nik Abduh berhubung usaha membantu Najib, sama ada menerusi sumbangan kewangan mahupun tindakan lain yang dibenarkan.

Sumber: FB Nik Mohamad Abduh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved