Bantu Golongan Pelajar, Malaysia Mahu Singapura Hantar Guru Bahasa Inggeris

LocalPolitics
13 Jun 2024 • 12:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Malaysia menyuarakan permintaan kepada Singapura untuk menghantar tenaga pengajar khususnya dalam bidang pembelajaran bahasa Inggeris bagi membantu golongan pelajar di negara ini.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

Menurut satu laporan Utusan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permintaan tersebut bersifat ‘kecil’ tetapi ia sangat penting kepada pembangunan institusi pendidikan di negara.

“Permohonan itu penting di sebalik pelbagai isu besar yang dibincangkan bersama ketika kunjungan kali pertama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia sebaik dilantik jawatan itu,” katanya.

Anwar berkata, Lawrence telah menyambut baik permintaan tersebut yang dilihat bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan beberapa subjek lain kepada pelajar di negara.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Kami berbincang tentang kemungkinan Singapura boleh menghantar guru untuk mengajar bahasa Inggeris atau beberapa mata pelajaran lain ke banyak daerah di negara ini.

“Saya amat berbesar hati kerana Lawrence bersedia untuk bersetuju dengan perkara ini secara positif. Ini bukan sesuatu yang kami sediakan melalui pegawai,” jelas beliau.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

Untuk makluman, kerajaan diberi peluang untuk memilih kumpulan tenaga pengajar yang perlu dibawa masuk dari Singapura sama ada dalam kalangan graduan muda atau sebaliknya supaya boleh dihantar mengajar ke beberapa daerah di Malaysia.

Sumber: Utusan (Maisarah Sheikh Rahim)