Ini Cara Menebus Baucar Buku RM100 Menerusi DELIMa

TechnologyDigital
31 May 2024 • 3:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku bagi golongan pelajar. Hari ini perincian mengenai pemberian baucar akhirnya dikongsi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Baucar RM50 diberikan kepada pelajar tahun 4 hingga 6. Sementara itu baucar RM100 pula untuk murid sekolah menengah, penuntut di institusi pendidikan tinggi dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

image is not available

Baucar ini sudah boleh ditebus sebentar tadi menerusi aplikasi Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Bagi mereka yang ingin menebus baucar sila ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan akaun serta kata laluan DELIMa
  2. Klik ikon Kota Buku Digital.
  3. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
  4. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
  5. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
  6. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
  7. Selesai.