
Bersedekah perlulah mengutamakan keluarga dahulu sebelum orang lain
‘Bantu Keluarga Dulu, Baru Bantu Orang Lain’, Netizen Terharu Wanita Ini Utamakan Rezeki Untuk Keluarga. Dalam apa jua keadaan, sesetengah orang akan mengutamakan keluarga, tetapi segelintir juga akan mengutamakan rakan daripada keluarga mereka sendiri.
Namun, baru-baru ini satu hantaran menarik perhatian ramai apabila seorang individu berkongsi tentang mengutamakan rezeki untuk membantu ahli keluarga terdekat terlebih dahulu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, individu bernama Khalieda itu menunjukkan tangkapan skrin perbualan dalam aplikasi WhatsApp dengan ibu saudaranya atau dikenali sebagai ‘Maksu’.

Menurut perbualan itu, dia bertanyakan sama ada pakaian raya anak Maksu sudah dibeli atau belum, dan apabila Maksu menyatakan belum, Khalieda meminta nombor akaun untuk memindahkan wang membeli baju raya anak Maksu.
Pertama keluarga, kedua jiran terdekat yang susah , kemudian orang lain
Bagaimanapun, dia memberi pesanan kepada semua untuk membantu keluarga terdekat terlebih dahulu, kemudian membantu orang yang susah dan memerlukan.
“Bantu family dekat dulu. Kemudian Baru bantu orang yang kita tengok memang patut kita bantu,” ujarnya di laman Facebook miliknya.
Bahkan, Khalieda turut berdoa untuk selalu dimurahkan rezeki supaya dia boleh terus menggembirakan golongan yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan.
“Semoga Allah murahkan rezeki Khalieda Yusra untuk terus bahagia kan manusia manusia yang kurang berkemampuan,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji dan setuju tindakan yang dilakukan Khalieda itu. Bukan itu sahaja, malah netizen juga mendoakan supaya diperluaskan rezeki dan dipermudahkan dalam menjalani kehidupan seharian.


