Bantu pemuda Cina pakai samping, peguam raih pujian warganet

19 Apr 2024 • 10:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang peguam dipuji orang ramai selepas bantu pemuda Cina pakai samping dengan betul walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki bernama Zachary Chiah memuat naik satu video memaparkan dia sedang mencari orang awam untuk membantunya memakai samping.

Bantu pemuda Cina pakai samping, peguam dipuji ramai

“Adakah ada orang akan bantu Orang Cina pakai samping?” katanya menerusi video tersebut.

Tidak lama kemudian, dia berjaya menahan seorang lelaki yang sedang berjalan bersama seorang wanita dan meminta bantuan daripadanya.

“Selamat hari raya, saya ada satu masalah. Saya tak tahu macam mana nak pakai,” ujar Zachary.

Sebaik sahaja berkata demikian, lelaki tersebut berhenti berjalan dan tanpa berfikir panjang terus membantu Zachary untuk memakai samping itu.

image is not available

Sambil memakaikan samping, lelaki itu bertanya sama ada Zachary mempunyai sebarang acara lalu dijawab dia mahu menghadiri rumah terbuka.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan tidak hanya membantu Zachary namun turut mengajarnya langkah demi langkah cara memakai samping.

Menurut Zachary, dia mahu memakai samping di dalam kenderaan e-hailing ketika dalam perjalanan nanti namun menyedari kesukaran untuk memakainya di dalam kereta.

Peguam bantu pemuda Cina pakai samping

image is not available

“Kat Grab tak boleh pakai, awak kena berdiri sambil memakainya,” kata wanita yang bersama lelaki itu.

Setelah selesai memakainya, Zachary mengucapkan terima kasih lalu bertanyakan nama lelaki dan wanita yang bersamanya.

Zachary kemudian mendedahkan perbualan dan momen mereka sebenarnya dirakam untuk dijadikan konten di media sosial.

Rupa-rupanya lelaki itu bernama Najib dan wanita yang bersamanya bernama Azreen dan kedua-duanya merupakan peguam.

image is not available

Zachary kemudian memberikan hadiah berupa duit raya dan satu fon telinga sebagai tanda penghargaan kepada Najib kerana telah membantunya.

“Wow ada angpau! Terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya, dalam usia saya ni agak susah nak dapatkan hadiah,” selorohnya.

Terima hadiah selepas bantu pemuda Cina pakai samping

image is not available

Sebelum meninggalkan Zachary, Najib sempat memaklumkan jika pemuda itu memerlukan sebarang bantuan pada masa akan datang, dia boleh menghubunginya.

“Kalau awak perlukan bantuan, telefon sahaja kami. Kami ni peguam,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap toleransi tanpa mengira kaum dan agama yang ditunjukkan di dalam video berkenaan.

Sedap mata memandang bila semua kaum bekerjasama

image is not available

Peguam tapi sangat merendah diri

image is not available

Terbaik abang dan akak, bantu pemuda Cina pakai samping

image is not available

Orang Melayu kaya budi bahasa

image is not available

Terharu pula, ini yang kita perlu banggakan

image is not available

Terdapat juga warganet yang mengambil kesempatan untuk memuji Zachary yang kelihatan segak selepas dipakaikan samping itu.

Hensem abang Cina pakai baju Melayu

image is not available

Yang pakai baju Melayu ni boleh jadi menantu

image is not available

Comel je

image is not available

Seronok je tengok orang-orang kita saling bantu-membantu tanpa diskriminasi…

Sumber: TikTok @zacharychiah