Bantu rakan cedera sampai darah masuk mulut

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bantu rakan cedera sampai darah masuk mulut

ARAU – Selepas puluhan tahun mempertaruhkan nyawa menentang pengganas komunis dan menyertai misi di Somalia, seorang veteran tentera terkilan apabila masih ada pihak yang sanggup memperlekehkan erti kemerdekaan negara.

Syukri Abdullah, 71, berkata, keamanan yang dikecapi rakyat Malaysia hari ini bukan datang dengan mudah, sebaliknya dibayar dengan darah, air mata dan nyawa anggota keselamatan yang berjuang pertahankan tanah air.

“Golongan muda perlu faham, keamanan hari ini datang daripada penderitaan kami yang mempertaruhkan nyawa masuk ke hutan melawan musuh negara dan meninggalkan keluarga berbulan-bulan demi negara.

“Jangan siakan kemerdekaan ini, saya galakkan anak-anak muda supaya bangkit dan pertahankan kemerdekaan yang ada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Jelempok di sini.

Menurut pesara Tentera Darat berpangkat Pegawai Waran 1 (B) itu, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika seorang anggota di bawahnya terpijak jerangkap samar semasa operasi di kawasan Gubir dan Ulu Legong berhampiran sempadan negara.

“Masa itu kami sedang me­ronda di tepi sungai berhampiran kem sebelum tiba-tiba terdengar letupan kuat dan rupa-rupanya anggota yang berjalan di hadapan saya terpijak jerangkap samar.

“Saya berlari mendapatkannya dan ketika cuba mengangkat. Semasa mendapatkan bantuan helikopter untuk membawanya keluar dari hutan, darah dari kaki yang hancur terpercik masuk ke dalam mulut saya,” ujarnya.

Katanya lagi, anggota ber­kenaan berjaya diselamatkan namun mengalami kecacatan kekal, sementara seorang lagi rakannya terkorban akibat bom buatan pengganas komunis ketika operasi di Sadao, Thailand. – KOSMO! ONLINE

The post Bantu rakan cedera sampai darah masuk mulut appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved