‘Bantu rakyat miskin, negara tidak muflis’

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 6:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Bantu rakyat miskin, negara tidak muflis’

KOTA BHARU: Malaysia tidak akan menjadi miskin atau muf­lis hanya kerana kerajaan membelanjakan berbilion ring­git untuk membantu golo­ngan miskin dan rakyat kurang berkemampuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah membuktikan tiada negara menjadi muflis kerana membantu rakyat susah, sebaliknya kerosakan negara berpunca daripada salah laku pemimpin, kelemahan tatakelola dan kerakusan mengaut kekayaan bukan hak mereka.

Beliau berkata, kerajaan mem­­buktikan komitmen mem­bantu rakyat apabila mem­peruntukkan RM34 bilion tahun ini bagi peningkatan gaji minimum penjawat awam serta bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Kerajaan menanggung kos RM18 bilion bagi kenaikan gaji minimum penjawat awam sebanyak 15 peratus, manakala RM16 bilion lagi diperuntukkan untuk SARA dan STR.

“Sebab itu kerajaan menaikkan gaji minimum penjawat awam sebanyak 15 peratus tahun ini, walaupun kosnya kepada kerajaan sebanyak RM18 bilion. Kos untuk SARA dan STR tahun ini pula mencecah RM16 bilion. Tetapi negara kita tidak terbeban,” katanya merasmikan Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Anwar memberitahu, negara boleh rosak dan musnah apabila pemimpin menyalahgunakan kuasa serta menga­baikan tatakelola sehingga kekayaan yang bukan hak mereka dibolot untuk kepentingan sendiri.

“Tetapi negara jadi rosak, musnah kerana disebabkan salah laku pimpinan, tatakelolanya dan nafsu serakah yang menggondol kekayaan yang bukan hak mereka.

“Sebab itu, kita tegas dan tekankan hal ini walaupun ada orang yang kurang suka. Tetapi kita tak ada pilihan kerana nak selamatkan umat dan selamatkan negara,” katanya. – MINGGUAN

The post ‘Bantu rakyat miskin, negara tidak muflis’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved