
SANDAKAN: Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berharap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) serta majikan terlibat akan terus membantu dalam proses pemulihan penghuni penjara.
Katanya, ini termasuk lebih terbuka dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas banduan kerana mereka telah pun memperolehi kemahiran berkaitan semasa di penjara.
“Apabila mereka kembali kepada masyarakat, sudah pasti kemahiran ini mampu membantu mereka, khasnya dalam mencari pekerjaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Natal Peringkat Penghuni Penjara Sandakan 2023, di pekarangan MESS Penjara Sandakan, di sini, pada Selasa.
