Bantu Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup, KPT Sambut Baik Pakej Rahmah Prabayar Siswa

17 Jul 2024 • 4:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman daripada Kementerian Komunikasi berkenaan penawaran Pakej Rahmah Prabayar Siswa.

Pakej Rahmah Prabayar Siswa itu menawarkan harga tidak melebihi Rm30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.

KPT sambut baik Pakej Rahmah Prabayar Siswa

image is not available

Foto: New Straits Times

Menteri KPT, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlibat ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI.

“Kerajaan MADANI berhasrat untuk menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar mendapatkan liputan komunikasi dan internet lebih baik semasa sesi pengajian dan pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam Pakej Rahmah Prabayar Siswa, kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang pembayaran tetapi syarikat telekomunikasi bermurah hati untuk mengurangkan caj kepada mahasiswa.

image is not available

Foto: Kosmo Digital

“Bagi pihak KPT, saya merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Kerajaan, Kementerian Komunikasi, syarikat telekomunikasi terlibat dan semua pihak yang sentiasa cakna dan prihatin untuk membantu mengurangkan beban mahasiswa,” ujarnya.