
KPT Menyambut Baik Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman daripada Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlibat ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar mendapatkan liputan komunikasi dan internet lebih baik semasa sesi pengajian dan pembelajaran.
Dalam Pakej Rahmah Prabayar Siswa, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang pembayaran tetapi syarikat telekomunikasi bermurah hati untuk mengurangkan caj kepada mahasiswa.
Bagi pihak KPT, saya merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Kerajaan, Kementerian Komunikasi, syarikat telekomunikasi terlibat dan semua pihak yang sentiasa cakna dan prihatin untuk membantu mengurangkan beban mahasiswa.
The post KPT Menyambut Baik Pakej Rahmah Prabayar Siswa appeared first on Siakap Keli.

