Bantuan kacamata untuk pelajar Matunggong

LocalHealth & Fitness
29 Jul 2026 • 2:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bantuan kacamata untuk pelajar Matunggong

MATUNGGONG: Kerajaan Negeri terus komited memperkasakan pembangunan modal insan menerusi pelaksanaan program kesihatan komuniti dalam memelihara kebajikan serta pasca-pembelajaran generasi muda di luar bandar.

Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Datuk Dr. Rosmawati Lasuki berkata golongan ini merupakan aset bernilai yang bakal memacu kemajuan masa hadapan dan pelaburan terhadap aspek kebajikan dan kesihatan mereka perlu sentiasa diberi keutamaan.

“Aspek kesihatan tidak hanya merangkumi pemakanan dan fizikal semata-mata malah penglihatan yang baik menjadi asas utama kelancaran proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

“Sekiranya seseorang pelajar mengalami masalah rabun tetapi tidak disedari atau dirawat, mereka mungkin menghadapi kesukaran membaca di papan putih,” katanya pada Program Pemeriksaan Mata dan Penyampaian Sumbangan Kacamata kepada Pelajar Sekolah Daerah Matunggong.

Rosmawati mewakili Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki dalam program itu yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin lalu.

Tambahnya, kegagalan menangani isu penglihatan ini akhirnya akan memberi kesan langsung kepada pencapaian akademik dan prestasi keseluruhan pelajar sepanjang sesi persekolahan.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar lebih peka terhadap perubahan anak-anak dan tidak terburu-buru membuat tanggapan negatif mengenai sikap mereka.

“Terdapat kecenderungan ibu bapa menganggap anak-anak mereka malas belajar sedangkan hakikatnya mereka sedang mengalami masalah penglihatan yang kabur, justeru pengesanan awal amat penting,” katanya.

Program itu bertujuan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan kesihatan optik kanak-kanak sekolah.

Ia mencerminkan pendekatan holistik kerajaan negeri di bawah aspirasi Sabah Maju Jaya melalui jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai agensi tempatan dan rakan korporat.

Antara yang terlibat termasuk Pejabat Daerah Kecil Matunggong, Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), serta sumbangan kepakaran daripada Specktruck Sdn Bhd.

Setiap pasang kacamata yang disumbangkan bukan sekadar alat bantuan visual malah menjadi simbol harapan serta keyakinan baharu untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved