Pelbagai bantuan pendidikan perkasa modal insan Sabah

1 Jul 2026 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pelbagai bantuan pendidikan perkasa modal insan Sabah

RANAU: Kerajaan Sabah kekal komited memperkukuh pembangunan modal insan dengan memastikan setiap anak negeri mendapat akses kepada pendidikan berkualiti menerusi pelbagai skim bantuan serta inisiatif pendidikan kata Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi berkata Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor terus memberi penekanan terhadap pendidikan dan pembangunan modal insan melalui bantuan pendidikan, biasiswa, bantuan khas kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi serta pelbagai program pembangunan modal insan.

“Sabah memerlukan generasi muda yang berilmu, berkemahiran, beretika dan berdaya saing untuk memacu pembangunan serta mencorakkan masa depan negeri. Ini mencerminkan komitmen kerajaan memastikan tiada anak Sabah tercicir daripada menikmati pendidikan berkualiti hanya kerana kekangan kewangan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) 2025 Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Irsyadiah Ranau baru-baru ini.

Ucapan beliau disampaikan Setiausaha Politiknya Johari Suhaimin.

Masidi turut mengucapkan tahniah kepada SMA Al-Irsyadiah Ranau atas kejayaan muncul sebagai sekolah agama luar bandar terbaik di Sabah bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Beliau berkata sekolah itu mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.87, menduduki tempat ke-11 peringkat kebangsaan dan menjadi satu-satunya sekolah agama di Sabah yang tersenarai dalam kelompok 30 sekolah agama luar bandar terbaik negara.

Masidi juga merakamkan penghargaan kepada guru, ibu bapa dan penjaga atas komitmen serta peranan penting mereka dalam membimbing dan mendidik pelajar sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved