Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam & Pesara Akan Diagihkan Pada 13 Mac 2026!
Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan ini akan disalurkan pada 13 Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.

TERKINI : Siaran Media Bantuan Khas Kewangan (BKK)
- YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2026 sebanyak RM500 bagi membantu pegawai awam dan pesara dalam membuat persiapan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.
- Kaedah pelaksanaan pembayaran BKK adalah seperti berikut:
- Bayaran LAYAK diberikan kepada:
- (i) pegawai Perkhidmatan Awam, Gred 15 dan ke bawah atau setara:
- a) pegawai lantikan tetap, sementara dan lantikan kontrak [Contract of Service (COS) dan Pekerja Sambilan Harian];
- b) pegawai yang bercuti bergaji penuh;
- c) pegawai yang bercuti separuh gaji;
- d) pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
- e) pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, yang mana BKK ini akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai berkenaan.
- (ii) personel MySTEP yang masih berkhidmat;
- (iii) guru interim;
- (iv) pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
- (v) pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
- (i) pegawai Perkhidmatan Awam, Gred 15 dan ke bawah atau setara:
- Di samping itu, BKK ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.
- BKK Tahun 2026 ini akan dibayar pada 13 Mac 2026, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut. Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Pautan: https://tinyurl.com/ytt83t94




Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2026)
- YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2026 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2026 sebanyak RM500 kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
- Di samping itu, BKK ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250;
- BKK Tahun 2026 ini akan dibayar pada 13 Mac 2026, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut;
- Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam 2026
Bantuan Khas_Penjawat Awam ini akan dibayar pada 13 Mac 2026.
Berikut dilampirkan juga tarikh bayaran gaji pada bulan Mac 2026, iaitu pada 16 Mac 2026.

Untuk semakan lanjut, layari https://www.jpa.gov.my/ atau rujuk artikel Gaji 2026 – Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam
Realisasikan Keperluan Tertangguh & Rancang Komitmen Dengan Lebih Yakin
Sempena perayaan ini, mungkin ada penjawat awam yang ingin merancang perkara lebih besar; contohnya nak tukar kereta baharu supaya perjalanan balik kampung dan urusan raya lebih selesa, baik pulih atau ubah suai rumah, tambah perabot idaman atau memiliki rumah baharu. Tambahan pula, penjawat awam baru saja mendapat kenaikan gaji bermula Januari ini.

Dengan perancangan kewangan yang betul, bantuan dan kenaikan gaji ini boleh dimanfaatkan sebagai langkah awal ke arah komitmen yang lebih selesa dan tersusun.

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan pembiayaan yang sesuai dengan pendapatan semasa, Direct Lending boleh membantu menyemak kelayakan pinjaman koperasi atau bank khusus untuk penjawat awam. Semakan ini dibuat secara percuma, tanpa bayaran pendahuluan, dan dibantu oleh konsultan berpengalaman bagi membantu anda memilih pilihan pembiayaan yang paling praktikal dan realistik. Layari https://bit.ly/eCentralDL untuk semakan sekarang!
Kenaikan Gaji SSPA & Pencen 2026
Selain Bantuan Khas ini, pegawai kerajaan juga akan menikmati Pelarasan Gaji Fasa 2 menerusi pelaksanaan SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2026.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenaikan gaji dan pencen yang bakal dinikmati oleh penjawat awam dan pesara, sila rujuk artikel berikut:
- SSPA – Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
- Kalkulator Pencen – Pengiraan Kenaikan SSPA
- Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA) – Kira Kenaikan Gaji 2026
Maklumat Lanjut Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026
Apa itu Bantuan Khas Kewangan (BKK)?Bantuan Khas Kewangan ialah bayaran tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai tanda penghargaan serta bantuan menjelang musim perayaan atau hujung tahun.
Siapa yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan?KK biasanya diberikan kepada penjawat awam Persekutuan Gred 15 ke bawah, termasuk pegawai lantikan tetap, kontrak, sementara, serta pesara dan penerima pencen terbitan.
Berapa jumlah Bantuan Khas Kewangan tahun 2026?Bantuan Khas Kewangan RM500 diberi kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Bila tarikh bayaran BKK 2026?Bantuan ini akan disalurkan pada 13 Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.
Di mana boleh baca pekeliling dan maklumat lanjut?Rujuk laman web Jabatan Perkhidmatan Awam di saluran berikut: https://www.jpa.gov.my/

