Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA) – Kira Kenaikan Gaji 2026

LocalPolitics
9 Jan 2026 • 8:04 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Berita baik untuk penjawat awam! Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji kini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2. Anda boleh mengira jumlah kenaikan dan kadar baru gaji yang akan diterima menggunakan Kalkulator SSPA : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

image is not available

Julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda. Berikut dikongsikan info terkini berkaitan kenaikan gaji yang diumumkan oleh pihak Kerajaan dan berapa jumlah gaji baru anda!

@ecentral.my

Pelarasan gaji penjawat awam Fasa 2 akan dilaksanakan Januari 2026 akan datang. Mesti penjawat awam tak sabar tunggu kenaikan gaji tahun depan kan? #pelarasangaji #pelarasangajipenjawatawam #pelarasangajisspa #kenaikangaji #kenaikangajipenjawatawam #sistemsaraanperkhidmatanawam

♬ original sound – eCentral – eCentral

Pengenalan

Pada 7 Julai 2025, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Datuk Seri Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

image is not available

TARIKH PELAKSANAAN & FASA PELARASAN GAJI SSPA 2024-2026

  • Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2
  • Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2
image is not available

Pelarasan gaji akan dilaksanakan secara 2 fasa untuk mengelakkan inflasi.

Kumpulan Pelaksana dan pengurusan profesional :
Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 8%
Fasa 2 (1 Jan 2026) : 7%

Kumpulan Pengurusan Tertinggi :
Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 4 %
Fasa 2 ( 1 Jan 2026) : 3 %

Simulasi jumlah pendapatan bulanan selepas kenaikan gaji :

image is not available

Contoh:

image is not available

Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA)

Berapa kadar kenaikan yang anda akan dapat? Bagaimana nak kira? Jangan risau, anda boleh kira semua ini menggunakan kalkulator gaji SSPA yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jom kira gaji baharu anda!

Untuk makluman, Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses di pautan : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

image is not available

Sila masukkan maklumat dalam ruang yang disediakan dan anda boleh klik butang KIRA untuk mendapatkan jumlah gaji baharu yang bakal diterima nanti, seperti dalam paparan di bawah:

image is not available

Baca juga : Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok, Gaji Hakiki & Perbezaannya

Kelayakan Baharu Pinjaman Selepas Kenaikan Gaji

Berdasarkan kiraan kenaikan gaji, penjawat awam boleh melihat anggaran komitmen bulanan dan lebihan gaji. Mungkin ada penjawat awam yang berhasrat membuat pinjaman / loan untuk memiliki kereta atau rumah baru, kan? Dengan gaji asas dan pendapatan bersih yang lebih tinggi selepas kenaikan SSPA fasa 2 ini, sesetengah penjawat awam juga kini berpotensi layak memohon pinjaman dengan jumlah pembiayaan lebih besar, tempoh lebih fleksibel atau kadar bayaran bulanan yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

image is not available

Jika anda inginkan proses yang lebih telus, kadar tetap dan bayaran terus daripada institusi berlesen tanpa orang tengah, Direct Lending boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan mudah diurus kerana terdapat pembiayaan khas untuk penjawat awam.

Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi Direct Lending menawarkan kadar serendah 2.97% setahun atau lulus dalam tempoh 2 hari bekerja. Pilih daripada 10+ pinjaman koperasi & bank patuh Syariah. Semak kelayakan anda sekarang DI SINI : https://bit.ly/eCentralDL

image is not available

Soalan Lazim (FAQ), Mitos vs Fakta SSPA & Kalkulator Gaji Penjawat Awam

Apa itu kenaikan gaji SSPA 2026?

Kenaikan gaji SSPA 2026 merujuk kepada penambahbaikan struktur gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa tahun 2026.

Bila kenaikan gaji SSPA 2026 akan berkuat kuasa?

Pelarasan / kenaikan gaji akan bermula pada 1 Januari 2026, selaras dengan pengumuman dalam Belanjawan 2026.

Siapa yang layak menerima kenaikan gaji SSPA 2026?

Semua penjawat awam tetap dan kontrak di bawah SSPA adalah layak, termasuk perkhidmatan pendidikan, kesihatan, keselamatan, teknikal, serta kumpulan pelaksana.

Berapa kenaikan gaji yang akan diterima penjawat awam pada 1 Januari 2026 (Fasa 2)?

Kenaikan gaji Fasa 2 yang bermula pada 1 Januari 2026 ditetapkan sebanyak 3% bagi kumpulan pengurusan tertinggi dan 7% bagi kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana.

Bagaimana nak kira berapa kenaikan gaji?

Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses di pautan : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.phpimage is not available

Jom kita baca 10 MITOS VS FAKTA berkaitan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

View Original Article