
Kota Kinabalu: Bantuan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM320.25 juta yang diperuntukkan kepada Sabah untuk membantu menyelesaikan masalah airnya masih belum disalurkan, justeru Kabinet Negeri akan menggunakan dana negeri terlebih dahulu untuk melaksanakan projek jangka pendek.
Menteri Kerja Raya Negeri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata perkara itu diputuskan semasa mesyuarat Kabinet pada 26 Julai lalu bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan.
“Kerajaan Negeri telah membentangkan 20 projek penyelesaian jangka pendek terpilih (kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 1 Jun) dengan anggaran kos keseluruhan RM300.25 juta.
“Susulan itu, jawatankuasa teknikal khas isu bekalan air Sabah telah mengadakan mesyuarat pada 13 Jun lalu, di mana lapan projek dengan kos keseluruhan RM185 juta diluluskan daripada 20 projek yang telah dipohon. Buat masa ini peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan belum disalurkan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri pada 26 Julai lalu telah bersetuju agar dana Kerajaan Negeri digunakan terlebih dahulu untuk melaksanakan pembangunan khas ini,”
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau menjawab soalan Adun Dilantik Datuk Seri Yong Teck Lee yang bertanyakan perkembangan terkini berhubung bantuan khas yang diberikan Perdana Menteri kepada Sabah.
Selain itu, Shahelmey berkata Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah memulakan kertas kerja pra-pelaksanaan bagi menyediakan pelaksanaan sepenuhnya projek-projek itu sebaik sahaja peruntukan dikeluarkan.
“Saya juga ingin menarik perhatian bahawa walaupun peruntukan itu telah menjadi isu sementara, pihak JANS sebenarnya telah membentuk jawatankuasa khas bagi pemulihan dan penstabilan tekanan air khususnya di Kota Kinabalu termasuk Tuaran dan Putatan.
“Hasil kerja-kerja pemulihan yang dijalankan pada Jun sehingga kini, kita dapat melihat peningkatan kestabilan tekanan air di Kota Kinabalu yang menyebabkan bekalan air terkawal berbanding bulan sebelumnya.
“Dengan kelulusan Kabinet Negeri, kami akan mula mengusahakan panggilan tender dan sebagainya bagi lapan projek yang dikenal pasti. Kami berharap hasil pengagihan bekalan air di kawasan Kota Kinabalu dan tempat-tempat lain akan menjadi stabil,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Adun Moyog Datuk Darell Leiking yang bertanya sama ada bantuan RM320.25 juta itu adalah geran atau pinjaman sekali sahaja,
Shahelmey berkata ia adalah pinjaman mudah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

