Bantuan segera RM100,000 pulih kebakaran SMK Presint 14(1): Fadhlina

15 May 2026 • 10:47 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Bantuan segera RM100,000 pulih kebakaran SMK Presint 14(1): Fadhlina

KUALA LUMPUR — Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan peruntukan awal RM100,000 bagi kerja pembersihan dan pemulihan susulan kebakaran stor dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14(1), semalam.

Menurut Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Putrajaya, dana itu meliputi kerja awalan termasuk penyambungan semula bekalan utiliti, pembaikan kecil di kawasan terjejas serta langkah keselamatan lain.

“Peruntukan itu turut melibatkan kerja awalan seperti penyambungan semula bekalan utiliti yang terjejas akibat kebakaran, pembaikan kecil di kawasan kebakaran dan bangunan berhampiran serta kerja berkaitan lain,” kata JPWP Putrajaya dalam kenyataan.

JPWP memaklumkan kawasan kebakaran telah segera ditutup demi keselamatan warga sekolah, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Dalam insiden jam 6.10 petang semalam, bomba mengesahkan kebakaran melibatkan kerusi dan meja yang disimpan di belakang pentas dewan.

Tiada kecederaan dilaporkan kerana sesi persekolahan telah tamat. — 15 Mei, 2026

The post Bantuan segera RM100,000 pulih kebakaran SMK Presint 14(1): Fadhlina appeared first on Scoop.