Bantuan sekolah MBI, 222 pelajar DUN Bandar Utama terima manfaat

17 Jul 2026 • 5:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 JULAI: Seramai 222 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menerima bantuan wang tunai melalui Program Jelajah Kembali Ke Sekolah MBI 2026, baru-baru ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bertujuan membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak.

“Melalui program ini, setiap murid yang layak menerima sumbangan sebanyak RM100, manakala pejabat saya turut menyediakan pek makanan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga penerima.

“Diharapkan bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa serta membantu anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia,” kongsinya di Facebook.

Jamaliah berharap usaha melalui pemberian sumbangan ini dapat membantu keluarga memerlukan serta memastikan tiada anak jtercicir daripada mendapat akses kepada pendidikan yang sewajarnya.

Program Kembali Ke Sekolah antara inisiatif tahunan yang dilaksana bagi membantu golongan berpendapatan rendah membuat persediaan persekolahan anak-anak.

Melalui program itu, Kerajaan Negeri terus komited memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved