1.18 juta pelajar IPT boleh tebus Baucar Buku RM100 mulai esok

14 Jul 2026 • 6:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

1.18 juta pelajar IPT boleh tebus Baucar Buku RM100 mulai esok

SHAH ALAM, 14 JULAI: Seramai 1.18 juta pelajar di institusi pengajian tinggi boleh menebus Baucar Buku RM100 bermula jam 11 pagi esok (15 Julai) menerusi portal MySiswaPlace.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, pemberian baucar menerusi Inisiatif Baucar Buku MADANI 2026 diteruskan bagi membantu meringankan kos pembelian bahan bacaan selain memperluas akses kepada sumber ilmu berkualiti.

"Inisiatif ini memberi manfaat kepada pelajar di universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

"Pelajar boleh membuat semakan kelayakan, menjana dan menebus baucar serta membeli bahan bacaan secara dalam talian menerusi portal MySiswaPlace," katanya menerusi hantaran di Facebook.

KPT turut memaklumkan lebih 300 rakan niaga berdaftar yang terdiri daripada penerbit dan penjual buku tempatan mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan.

"Pelbagai kategori bahan bacaan ditawarkan termasuk buku akademik, buku rujukan, bahan ilmiah, e-buku dan penerbitan umum yang menyokong pembelajaran, penyelidikan serta pembangunan intelektual mahasiswa," katanya.

Maklumat lanjut mengenai Inisiatif Baucar Buku MADANI 2026 boleh diperoleh menerusi portal https://www.mysiswaplace.my/.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved