
TELUPID: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Tekun Nasional cawangan Telupid berjaya membantu seramai 819 usahawan di daerah ini melibatkan pembiayaan keseluruhan sebanyak RM18,733,819.73 juta sejak Januari 2002 hingga Disember 2023.
“Ini satu jumlah yang besar dan saya amat yakin ia telah membantu meningkatkan lagi ekonomi usahawan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di daerah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama usahawan-usahawan Tekun di sekitar Pekan Telupid, di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Pengurus Tekun Negeri Sabah Hemin Osumping, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional Rowindy Lawrence, Pemangku Pengurus Tekun Cawangan Telupid Rozita Tiara Marium dan pemimpin masyarakat daerah ini.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 249 usahawan menerima pembiayaan sejumlah RM12,617,000 sejak April hingga Disember tahun lalu.
Mengenai pertemuan dengan usahawan-usahawan Tekun Telupid, Ewon berkata, pelbagai cadangan telah diterima antaranya keperluan tambahan kakitangan di Pejabat Tekun Telupid bagi mempercepatkan lagi urusan-urusan usahawan.
“Saya berharap ini (penambahan kakitangan) akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada usahawan di daerah ini,” katanya.
Setakat ini Pejabat Tekun cawangan Telupid hanya mempunyai dua kakitangan iaitu seorang pengurus dan seorang pembantu pegawai.
Ketika ditanya mengenai program baharu yang akan dilaksanakan oleh kementeriannya tahun ini, Ewon berkata, beliau akan melancarkan Pakej Rangsangan Koperasi Pelancongan dan Projek Tamu Desa.
“Saya amat yakin kita dapat menjana minat rakyat berkoperasi terutama yang terlibat dalam aktiviti pelancongan dengan adanya tambahan inisiatif yang akan dilaksanakan tahun ini.
“Selain itu kita juga akan memulakan pembinaan gerai-gerai desa di bawah Projek Tamu Desa yang mana sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2024 khas untuk Sabah dan Sarawak.
“Saya percaya inisiatif-inisiatif baharu ini akan memberikan manfaat kepada koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan di seluruh negara dan juga kepada usahawan secara keseluruhannya.
Berkenaan dengan prestasi koperasi tahun lalu, Ewon berkata, buat pertama kalinya pendaftaran koperasi di seluruh negara meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Sepanjang tahun lepas sebanyak 1,001 koperasi baharu telah didaftarkan. Ini merupakan rekod tertinggi pendaftaran koperasi pernah kita capai berbanding sebelumnya yang secara purata sekitar 600 setiap tahun.
“Peningkatan hampir dua kali ganda ini adalah hasil usaha kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melaksanakan Program Merakyatkan Koperasi di seluruh negara,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

