Banyak akaun Google akan dipadam Disember nanti, cepat semak akaun anda

Technology
20 Nov 2023 • 2:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika anda mempunyai akaun Google yang sudah lama tidak log masuk, ada kemungkinan ia akan menjadi salah satu akaun yang akan dipadam nanti. Ini kerana bermula 1 Disember 2023, syarikat itu akan mula memadam akaun yang tidak aktif selama sekurang-kurangnya dua tahun.

Pemadaman akaun yang tidak digunakan ini adalah kerana ia terdedah kepada penggodaman. Penggodam selalunya akan mengawal alamat emel lama dan menggunakannya untuk menghantar emel penipuan. Akaun tidak aktif ini juga lebih berkemungkinan tidak mempunyai fungsi seperti pengesahan dua faktor yang dihidupkan.

Akaun aktif

Google mentakrifkan akaun sebagai aktif apabila terdapat tindakan yang dilakukan apabila atau semasa anda log masuk ke akaun Google dan menggunakan perkhidmatan seperti:

  • Membaca atau menghantar email di Gmail
  • Menggunakan Google Drive
  • Menonton video YouTube
  • Berkongsi foto di Google Photos
  • Memuat turun aplikasi di Google Playstore
  • Menggunakan carian Google

Sebaliknya, jika anda tidak melog masuk atau melakukan sebarang aktiviti pada akaun Google dalam tempoh dua tahun, ia akan dianggap tidak aktif.

Pengecualian polisi

Pun begitu, akaun YouTube yang mempunyai video, tidak akan dipadam Google. Polisi ini juga hanya terpakai untuk akaun Google personal sahaja. Manakala akaun Google untuk organisasi seperti akaun perniagaan dan institusi pelajaran tidak akan terkesan.

Terdapat juga beberapa pengecualian untuk polisi ini, seperti:

image is not available

  • Akaun Google digunakan untuk membeli sesuatu di gedung Google Play atau item digital seperti buku atau filem
  • Akaun Google mempunyai kad hadiah dengan baki aktif
  • Akaun Google menguruskan akaun yang aktif dengan Family Link

Setelah dianggap tidak aktif, Google akan memadamkan semua kandungan dan data akaun. Ini termasuk pelbagai maklumat yang disimpan oleh Google, termasuk Gmail, Docs, Drive, Meet, Calendar dan Google Photos.

Penghantaran notifikasi

Sebelum pemadaman akaun secara berperingkat dilaksanakan bermula Disember ini, Google akan menghantar beberapa notifikasi. Notifikasi dihantar ke akaun yang tidak aktif dan juga kepada alamat emel pemulihan (recovery).

Jadi untuk memastikan akaun anda aktif, jangan lupa untuk melog masuk sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh masa dua tahun. Anda juga mungkin boleh menetapkan peringatan untuk membuat semakan akaun setiap beberapa tahun sekali.

[Sumber: PCMag, Google]

Bacaan berkaitan: