OnePlus 12 Akan Dilancarkan 4 Disember Depan

TechnologyDigital
20 Nov 2023 • 7:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Misteri mengenai bilakah OnePlus 12 akan dilancarkan terjawab hari ini dengan ia acara akan berlangsung pada 4 Disember depan di Shenzen. Ia juga adalah tarikh ulang tahun OnePlus yang ke sepuluh. Terdapat banyak maklumat mengenai peranti ini telahpun tertiris seperti ia akan hadir dengab skrin LTPO keluaran BOE dan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3.

image is not available

Sistem kamera dengan Hasselblad juga bakal dikekalkan degan sensor Sony Lytia yang terkini turut akan digunakan kerana Sony dan OnePlus telahpun menandatangani perjanjian sebelum ini. Menerusi sistem kamera ini OnePlus ingin menawarkan pengalaman fotografi yang terbaik kepada pemilik.

image is not available

Tahun ini OnePlus 11 ialah antara peranti yang kami rasakan memberikan nilai yang terbaik dengan wang yang dibelanjakan. Kami yakin OnePlus 12 akan dipasarkan di Malaysia kerana pihak Oppo tidak menawarkan siri Find X tahun ini sebaliknya hanya siri Find boleh-lipat sahaja ke pasaran Malaysia. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai spesifikasinya kita harus menanti hari pelancaran OnePlus 12 pada 4 Disember depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved