“Banyak Benda Lain Boleh Dipermainkan, Tapi Anak Ini Rasa Lain Macam Sikit” – PU Riz

16 Oct 2022 • 11:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas mendedahkan wajah anak lelakinya baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail buat pertama kalinya memuat naik hantaran foto di Instagram mendukung Muhammad Bilal dan ia telah menarik perhatian ramai.

Melalui hantaran yang di muat naik, Haris seperti meluahkan perasaan kesal apabila terdapat segelintir netizen mempermainkan wajah anak kesayangannya itu sebelum ini.

Menurut Haris, setelah bergelar bapa, perasaan itu berbeza apabila ia berkaitan dengan anak dan hanya Allah SWT saja tahu bertapa sayangnya dia terhadap Bilal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Banyak benda boleh dipermainkan tapi anak ini rasa dia lain sikit.

Susulan perkongsiaan yang dibuat oleh Haris itu, ramai yang meninggalkan komen agar pasangan terbabit kekal menghadapi ujian ini dan sabar apabila menempuhnya.

image is not available

Sebelum ini, dia bersama isteri iaitu Neelofa berasa kesal terdapat individu menyebarkan wajah anaknya tanpa izin dan juga menyunting wajah terbabit.

Disebabkan itu, mereka membuat keputusan untuk menunjukkan wajah Bilal buat pertama kalinya kepada umum kerana tidak mahu terus menerus anaknya dikecam ramai.

image is not available 5 hari lalu

"Setakat Ni Anak Eizlan Yusof Paling Comel" - 'Bitter' Dengan Bilal, Wanita Teruk Dikecam Netizen