Banyak Insiden Pasang Bendera Malaysia Terbalik Secara Tak Sengaja, Ini Kata Saiffudin – “Tak Perlu Diperbesarkan..”

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 8:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata insiden pemasangan bendera Malaysia yang terbukti dilakukan tanpa sengaja tidak perlu diperbesarkan hingga membuat orang ramai takut untuk mengibar Jalur Gemilang.

image is not available

Kata beliau, jika benar terbukti sengaja memasang bendera Malaysia secara terbalik, Saifuddin beri jaminan individu terbabit akan dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

image is not available

Kalau siasatan membuktikan perkara itu maka tindakan yang diambil adalah mengikut undang-undang tapi jika hasil siasatan mendapati ia tidak disengajakan atau khilaf, tentulah kita tidak mahu perkara itu diperbesar.

Menurutnya lagi, pemasangan bendera Jalur Gemilang terutama di bulan kemerdekaan adalah sebagai tanda untuk menunjukkan semangat patriotisme dan ia perlu terus disemat di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

image is not available 2025-08-09 21:56:33

Dikecam Sengaja Pasang Bendera Terbalik, Tuan Badan Bersuara - "Saya Tak Sedar, Memang Nak Ukur Besi.."