“Isu Jalur Gemilang Terbalik, Jangan Sampai Rakyat Takut Nak Kibarkan Bendera” – Saifuddin Nasution

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 9:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia saifuddin Nasution

Isu pemasangan bendera Malaysia secara terbalik kembali jadi bualan hangat, namun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan perkara ini tidak wajar diperbesar jika terbukti ia tidak disengajakan.

Menurut laporan Sinar Harian, Saifuddin jamin yang polis hanya akan bertindak jika ada pihak dengan sengaja mempersenda Jalur Gemilang mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta Kesalahan Kecil 1955.

Kalau siasatan mendapati ia tidak disengajakan atau khilaf, tentulah kita tidak mahu perkara itu diperbesar.

Patriotisme tak boleh luntur

image is not available

Saifuddin juga menegaskan yang mengibarkan Jalur Gemilang terutama di bulan kemerdekaan adalah lambang semangat patriotisme yang wajib terus dipupuk dalam jiwa rakyat Malaysia.

Beliau turut mengingatkan bahawa kesalahan yang benar-benar disengajakan untuk mempersenda negara tetap akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Mencari kebenaran dan tegakkan keadilan” – Saifuddin Nasution

image is not available

Dalam masa sama, Saifuddin memaklumkan pihak polis juga bersedia membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas, Kelantan pada Disember 2013.

Prinsip yang kita guna pakai adalah mencari kebenaran dan menegakkan keadilan berpandukan kepada jalur hukum.

Pssttt! Kesilapan boleh berlaku, tapi semangat cintakan negara jangan pernah luntur. Hargailah Jalur Gemilang kita dengan penuh rasa hormat dan bangga.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.