Banyak Kereta Rosak Terbiar Di Cyberjaya, Orang Ramai Dakwa Itu Kereta Pelajar Luar Negara

Entertainment
13 Aug 2025 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah video tular di TikTok memaparkan deretan kereta terbiar misteri di tepi jalan di Cyberjaya, perkara itu menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan dan pengurusan bandar.

Video yang dimuat naik oleh @bioQueen di TikTok, menunjukkan kereta yang tingkapnya pecah, tayar hilang, dan lampu dicuri. Terdapat sejumlah besar buku koyak, pakaian lusuh, peralatan elektrik dan barangan lain yang berselerak.

@bioqueen99

Kereta dah berbulan tersadai. Tayar hilang, cermin pecah, roadtax dah bertahun mati dan sekarang ada Notis Amaran dari MPS. Di mana semua pemiliknya? Apa yang dah berlaku. #bioqueen #keretatersadai #keretasewa

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

“Kereta dah berbulan tersadai. Tayar hilang, cermin pecah, roadtax dah bertahun mati dan sekarang ada Notis Amaran dari MPS. Di mana semua pemiliknya? Apa yang dah berlaku,” tulisnya di kapsyen.

Ruangan komen dihujani pelbagai respon daripada netizen khususnya yang menetap berdekatan kawasan itu.

Sebilangan besar mendakwa kereta itu milik pelajar luar negara yang meninggalkan kereta tersebut selepas pulang ke negara mereka.

image is not available

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak penguatkuasa kawasan berkenaan.

Sebagai info, di Cyberjaya banyak institusi pengajian tinggi yang menerima pelajar luar negara.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.