Banyak 'kerja rumah' buat Tze Yong

24 Aug 2023 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tze Yong meraih pengalaman berguna dalam saingan kejohanan dunia di Copenhagen. - Foto: Facebook BAM

image is not available
Komen Hendrawan mengenai prestasi Tze Yong pada Kejohanan Badminton Dunia di Denmark. - Foto: Facebook BAM

JURULATIH perseorangan lelaki negara, Hendrawan mengakui masih banyak 'kerja rumah' yang perlu disudahkan oleh anak didiknya, Ng Tze Yong.

Ia susulan kekalahan pemain kelahiran Johor itu kepada pemain Denmark, Anders Antonsen dalam saingan pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen pada Rabu.

“Dia sudah mencuba yang terbaik dan ini adalah hasil terbaik yang boleh kami berikan pada masa ini.

“Masih banyak perlu diperbaiki dan kami akan cuba memberikan yang terbaik,” kata Hendrawan.

Dalam aksi di Royal Arena itu, Tze Yong kalah straight set 22-24, 16-21.

**media[2319588]**

Hendrawan memberitahu, pemain berusia 23 tahun itu telah memberikan aksi yang optimum, namun pengalaman memisahkan antara mereka

“Tiada alasan kekalahan Tze Yong kerana dia tewas kepada lawan lebih baik yang lebih matang dan banyak pengalaman,” ujar Hendrawan.

Tze Yong sebelum itu cemerlang selepas mengalahkan wakil China yang juga pemenang pingat gangsa tahun lalu, Zhao Jun Peng 21-19, 26-24 di pusingan pertama.