Banyak Khabar Angin Tular, Pihak Produksi Dedah Bayaran Sebenar Kim Soohyun Dalam ‘Queen Of Tears’

Entertainment
26 Mar 2024 • 4:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kalau cakap pasal pelakon lelaki hebat di Korea, nama Kim Soo-hyun pastinya tidak akan terkecuali.

Terbaru pada 26 Mac, Kim Soo-hyun dilapor telah memperoleh bayaran sebanyak 800 juta won (RM2,814,352) untuk setiap episod “Queen of Tears”.

Dengan jumlah keseluruhan 16 episod drama itu, pelakon tersebut dijangka akan menerima bayaran sebanyak 12.8 bilion won (RM45,029,632).

image is not available

Bagaimanapun, pasukan produksi terus menafikan laporan tersebut dan menjelaskan,

Ia sama sekali tidak benar bahawa dia dibayar 800 juta won. Bayarannya adalah lebih rendah daripada itu.

Kalau betul pun, memang tak terkejut pun sebab Kim Soo-hyun berlakon memang power.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.