Banyak Mayat Jemaah Haji Tersadai Di Tepi Jalan Akibat Gelombang Panas Melampau

20 Jun 2024 • 12:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gelombang panas melampau menyebabkan ramai kematian jemaah haji di Arab Saudi

Banyak Mayat Jemaah Haji Tersadai Di Tepi Jalan Akibat Gelombang Panas Melampau. Satu hantaran tular di media sosial, menunjukkan mayat-mayat terbaring di jalanan tanpa diuruskan oleh pihak berkuasa, menyebabkan kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi baru-baru ini.

Negara itu mengalami gelombang panas ekstrem semasa musim haji tahun ini, dengan suhu di Mekah mencecah 51-53 darjah Celsius. Suhu tinggi yang mendadak ini mengakibatkan ramai jemaah haji tidak dapat menahan sehingga menyebabkan kematian.

image is not available
Banyak Mayat Jemaah Haji Tersadai Di Tepi Jalan Akibat Gelombang Panas Melampau

Walaupun kerajaan Saudi mendakwa telah merawat lebih 2,000 jemaah yang mengalami strok haba, namun terdapat banyak kritikan mengenai tindakan yang lambat dalam menangani kecemasan ini.

Tiada maklumat rasmi mengenai jumlah mayat di tepi jalan

Bagaimanapun, menurut laporan, tiada maklumat rasmi mengenai jumlah sebenar kematian di tepi jalan, walaupun laporan dari pelbagai sumber menyatakan angka yang berbeza.

Masyarakat antarabangsa juga memberikan reaksi terhadap kejadian ini. Netizen dari pelbagai negara termasuk Malaysia dan Indonesia memuat naik video dan komen yang menonjolkan kegagalan perkhidmatan daripada kerajaan Arab Saudi.

Kecaman terhadap pengurusan kecemasan Arab Saudi semasa tragedi haji

Bahkan, negara seperti Mesir dan Jordan turut mengalami korban teruk, meningkatkan kemarahan terhadap kerajaan Arab Saudi. Gelombang panas melampau di Arab Saudi semasa musim haji tahun ini telah mengakibatkan kematian tragis ratusan jemaah haji.

image is not available

Tindak balas kerajaan Arab Saudi dalam menguruskan situasi ini terus mengundang kritikan dan kontroversi di peringkat antarabangsa. Masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab mengenai pengurusan kecemasan bagi situasi seumpama itu pada masa akan datang.

Baca juga artikel yang berkaitan: