
Betul orang kata, ujian ketika mengerjakan ibadah haji ini datang dalam pelbagai jenis. Macam yang kita sedia maklum, cuaca di sana sekarang tidak menentu sampai menganggu kesihatan para jemaah haji yang sudah tua.
Tular di aplikasi TikTok, kisah pasangan suami isteri yang juga jemaah haji dari Indonesia terkandas dan ada masalah kewangan ketika berada di Tanah suci mencuri perhatian netizen.
Lebih menyedihkan, pasangan itu dilihat duduk termenung di tepi jalan sambil memerhatikan orang ramai.
Mutawif jumpa pakcik makcik Indonesia ni terkanda dua hari. Tak makan dan masih berpakaian ihram.
Handphone dan duit tak ada, selipar putus. Mutawif bagi makanan air dan selipar dia sendiri.
Difahamkan Mutawif tersebut juga sempat menghantar pasangan yang sesat itu balik ke hotel mereka.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen turut bersimpati dengan mereka ni dan memuji sikap baik yang ditunjukkan ini.


Nasib baik ada yang menolong, tak boleh bayang perasaan takut yang dihadapi oleh pasangan ni. Semoga mutawif tersebut dikurniakan haji yang mabrur dan jemaah berkenaan terus dilindungi sepanjang mengerjakan ibadah haji.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.



