“Banyak orang salah faham” – Azalina Respon Isu Hukuman Buat Kes R*gol Pelajar

LocalPolitics
13 Oct 2025 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak kerajaan memberi jaminan yang suspek kes rogol di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka akan dikenakan hukuman mengikut peruntukan perundangan sedia ada di bawah Kanun Keseksaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Transformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata faktor usia yang masih di bawah 18 tahun bukanlah satu alasan untuk membuatkan suspek terlepas daripada sebarang tindakan.

Tegas beliau, tindakan merogol merupakan satu perbuatan jenayah dengan pertuduhan ke atas suspek boleh dibuat di mahkamah yang berasingan dan ia bergantung kepada kelompok usia pelaku semasa kejadian berlaku.

“Bukannya (pelaku) bawah 18 tahun boleh bebas jika dia melakukan jenayah. Ini banyak orang salah faham.”

“Salah tetap salah, jahat tetap jahat. Hukuman tetap dikenakan, tetapi mahkamah (untuk prosiding pertuduhan dan perbicaraan kes terbabit) mungkin berlainan.”

image is not available

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengatakan 4 pelajar yang terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempaun dibenarkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada 3 November depan.

Fadhlina juga mengatakan bahawa keputusan tersebut dibuat untuk memastikan aspek pendidikan pelajar terbabit tidak terganggu biarpun dipaksa berdepan tindakan undang-undang susulan kes itu.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.