“Banyak projek ummah menanti” – Ramai Puji Dr Zulkifli Dapatkan Starlink Atasi Masalah Internet Tak Stabil

Entertainment
4 Jan 2024 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum ketahui, perkhidmatan internet satelit Starlink oleh SpaceX mula ditawarkan di Malaysia sekitar bulan Julai tahun 2023. Menjanjikan muat turun sehingga 100Mbps dan langganan tanpa kontrak, pastinya ramai mula berkira-kira untuk dapatkan perkhidmatan tersebut.

Difahamkan, untuk melanggan perkhidmatan Starlink, pengguna perlu membayar RM220 sebulan dan untuk ‘kit’ permulaan yang terdiri daripada ‘piring satelit’, router dan juga kabel, pelanggan akan dikenakan bayaran sebanyak RM2,300.

Terbaharu, bekas menteri dan mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri yang sering dijadikan rujukan oleh warganet untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan agama di media sosial turut mendapatkan Stalink tersebut.

Menurut ciapannya di X, Dr Zulkifli menjelaskan keputusan itu dibuat disebabkan capaian internet di kawasan pejabatnya yang terletak berhampiran hutan itu tidak stabil dan setakat ini, tiada penawaran internet fibre di sana.

Tambah beliau lagi, laman webnya maktabahalbakri menerima ratusan soalan berkaitan agama setiap hari selain sudah menerima lebih 3.3 juta kunjungan dalam tempoh dua tahun.

image is not available

Dalam masa yang sama, aplikasi yang dibangunkan olehnya Al-Inarah juga mempunyai lebih 50 ribu pengguna dalam tempoh dua bulan, hal ini menyebabkan beliau tiada pilihan lagi selain mendapatkan Starlink untuk mempunyai capaian internet yang stabil.

Dr Zul juga berterima kasih atas segala sokongan orang ramai dalam usahanya ke arah menjadi badan penyelidikan bebas hukum syarak ternama di dunia dan pastinya pelbagai lagi projek ummah menanti untuk tahun ini.

image is not available

Menerusi bebenang di X itu, ramai juga yang teruja dengan keputusan beliau untuk menggunakan Starlink itu. Ada juga yang sempat memintanya untuk membuat ‘review’ tentang peranti dan perkhidmatan berkenaan.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang memuji beliau sebagai seorang agamawan yang mengikuti peredaran zaman dan melakukan sesuatu perkara secara rasional dalam usaha meneruskan dakwah.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.