“Banyak Sangat Komen Jahat” – Jeon Somin Perjelas Sebab Tinggalkan ‘Running Man’

EntertainmentLifestyle
14 May 2025 • 2:16 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Akhirnya Jeon So-min membuka mulut mengenai sebab dia meninggalkan “Running Man”.

Dalam episod terbaru “Huh Youngman’s Food Travel”, pelakon wanita tersebut telah berkongsi dengan lebih lanjut tentang keputusan itu,

Saya bersama rancangan itu selama kira-kira tujuh tahun. Seperti kebiasaan dalam rancangan hiburan, saya diberikan satu watak untuk dimainkan. Namun begitu, ia adalah tempat bahagia saya. Ia adalah tempat kerja yang sangat baik.

Kemudian, Jeon So-min menyentuh isu menyakitkan iaitu buli siber yang diterimanya semasa menyertai rancangan tersebut. Dia mengakui bahawa melalui Running Man, dia menerima banyak kebencian sebanyak mana dia meraih kasih sayang, dan ia akhirnya membawa kepada keletihan mental (burnout).

image is not available

Pelakon itu juga mendedahkan bahawa pengalamannya berdepan dengan pembenci dan komen jahat telah mempengaruhi pandangannya terhadap cinta dan perkahwinan,

Saya menerima banyak kasih sayang, tetapi juga banyak komen penuh kebencian. Sudah tentu, orang lain pun kena juga, tetapi jika ada sebab di sebaliknya, saya akan muhasabah diri. Tapi dalam kes saya, tiada sebab yang jelas. Ia rasa sangat tidak berasas.

Jelasnya,

Apabila mengalami perkara itu berulang kali, saya sedar saya perlukan seseorang atau tempat untuk saya bersandar. Satu tempat untuk berehat. Itu yang membuatkan saya terfikir mahu berkahwin lebih awal—saya ingin ada seseorang yang saya benar-benar boleh bergantung harap.

Semoga Jeon So-min bahagia sekarang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.