“Banyaknya kek!” – Netizen Teruja Tengok 9 Biji Kek Birthday Tema Barbie Anak Che Ta

Entertainment
1 Dec 2023 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti tahun-tahun sebelumnya, selebriti popular Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tidak pernah gagal mengadakan sambutan hari lahir buat anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana dengan begitu meriah.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Che Ta, Aaisyah menyambut hari lahirnya yang ke-9 bertemakan Barbie. Menurut Che Ta, anaknya yang memilih tema itu sejak tahun lepas lagi.

Dalam acara itu, Aaisyah mengenakan dress paras lutus berwarna merah jambu ditambah pula dengan solekan gaya persis anak patung Barbie.

Lebih mencuri tumpuan apabila dipaparkan hidangan sembilan biji kek tema Barbie sebagai simbolik usianya.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen, rata-ratanya turut teruja melihat sambutan ulang tahun kelahiran Aaisyah yang begitu meriah.

Ada yang menyifatkan sambutan ulang tahun Aaisyah adalah apa yang diidam-idamkan oleh kanak-kanak yang seusia dengannya.

image is not available image is not available image is not available

Pun begitu, ada yang mendakwa Aaisyah tidak menikmati zaman kanak-kanak yang sebenar namun disangkal Che Ta kerana anaknya dapat apa yang dimahukan.

image is not available

Tidak lupa juga, mereka turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir buat puteri Che Ta serta Zain Saidin dan mendoakan kebahagian buat mereka.

Min pun nak ucap selamat hari jadi buat Aaisyah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved