Bapa Bersama Bayi 10 Bulan Maut, Kereta Dinaiki Bertembung Treler

28 Jun 2023 • 1:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala manakala seorang lagi penumpang kereta, Farah Nasuha Johari, 30, yang merupakan isteri Azirul Azeem tidak mengalami sebarang kecederaan - Gambar JBPM

KUANTAN - Seorang peniaga dan anak lelakinya berusia 10 bulan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di KM145 Jalan Kuantan-Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata kemalangan kira-kira 1.15 pagi itu menyebabkan Azirul Azeem Mazri, 30, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya, Muhammad Adhwa meninggal dunia di Hospital Rompin.

Beliau berkata kedua-dua mangsa cedera parah di kepala manakala seorang lagi penumpang kereta, Farah Nasuha Johari, 30, yang merupakan isteri Azirul Azeem tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati Azirul Azeem dari arah Johor Bahru ke Kuantan telah memotong kenderaan lain dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah Kuantan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azahari, pemandu treler berusia 30 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Pahang memaklumkan lapan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rompin digegaskan lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved