Bapa Didakwa Jual Bayi Sendiri Demi Nak Beli Motosikal & Telefon Bimbit Baharu

3 Aug 2026 • 2:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Bapa Didakwa Jual Bayi Sendiri Demi Nak Beli Motosikal & Telefon Bimbit Baharu

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebiasaannya kita sering mendengar kisah mengenai ibu bapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak untuk kehidupan yang selesa. Malah ada yang sanggup mengenepikan keinginan sendiri dan mengutamakan keluarga.

Bapa jual anak sendiri 20 juta rupiah untuk beli motosikal dengan telefon baharu

Namun berbeza dengan seorang bapa di Indonesia ini apabila dia didakwa sanggup menjual bayi sendiri kepada pihak lain dengan bayaran 20 juta rupiah (sekitar RM4,530).

Lelaki berkenaan didakwa menjual bayi perempuan yang berusia lapan bulan tersebut untuk membeli sebuah motosikal serta telefon bimbit baharu.

Insiden itu dipercayai berlaku di Desa Malapari, Kecamatan Muara Bulian, Batang Hari, Indonesia pada 7 Julai yang lalu.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai TH itu didakwa telah menyerahkan anak perempuannya kepada seorang wanita yang mempunyai kaitan dengan masyarakat adat di kawasan Bukit Duabelas, Jambi.

Ibu tak sedar anak dah diberi kepada orang lain

Difahamkan ibu bayi berkenaan yang berusia 27 tahun tidak menyedari perbuatan suaminya kerana lelaki tersebut sebelum ini sememangnya sering membawa bayi berkenaan dan akan memulangkannya kembali selepas beberapa hari.

Namun dia mula berasa curiga selepas anaknya itu tidak dikembalikan walhal sudah melebihi 10 hari. Dia kemudian diberitahu bayi terbabit sudah diberikan kepada pihak lain.

Lihat suami ada telefon bimbit dan motosikal baharu sebelum ibu buat laporan polis dakwa anak diserah kepada orang lain

“Selepas saya siasat, saya mendapat tahu anak saya dijual oleh suami. Pada masa sama, saya melihat dia membeli telefon bimbit dan motosikal baharu,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Si ibu kemudiannya tampil membuat laporan polis pada 17 Julai lepas sebaik mengetahui anaknya dipercayai telah diserahkan kepada wanita yang belum lagi memiliki anak.

Berdarsarkan laporan tersebut, difahamkan wanita berkenaan ada kaitan dengan masyarakat adat Orang Rimba dan bayi itu didakwa diberikan kepadanya disebabkan tidak mempunyai zuriat.

Suami nafi jual, duit 20 juta rupiah adalah pinjaman, polis usaha dapatkan bayi dan letak di rumah perlindungan untuk sementara

Akan tetapi, lelaki berkenaan menafikan dakwaan dia menjual anak perempuannya itu serta mendakwa wang yang diterimanya sebanyak 20 juta rupiah terbabit cuma pinjaman, dan bayi tersebut hanya diberikan seketika kepada pihak tersebut.

Polis kemudian berusaha mendapat semula bayi perempuan yang berada di kawasan Bukit Duabelas sebaik menerima laporan daripada ibunya.

Bayi itu lalu ditempatkan sementara di Rumah Perlindungan Unit PelaksanaTeknikal Daerah Perlindungan Perempuan dan Kanak-Kanak (UPTD PPA) Batang Hari.

Ada pihak datang bawa bayi perempuan keluar dari pusat perlindungan

Akan tetapi pada 24 Julai yang lalu, dipercayai sekumpulan individu daripada masyarakat adat berkenaan telah datang dan memasuki pusat perlindungan berkenaan serta membawa bayi perempuan tersebut keluar.

Polis kemudian terpaksa melakukan rundingan dengan pihak pimpinan komuniti tersebut untuk memastikan bayi perempuan berkenaan diberi semula kepada ibunya.

Bayi perempuan kemudian kembali kepada ibu selepas 22 hari

Sebaik melakukan proses rundingan akhirnya bayi perempuan itu diserahkan semula kepada ibunya dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Jambi pada 29 Julai.

Jelas Ketua Polis Jambi, Inspektor Jeneral Krisno Siregar polis mengutamakan rundingan selain tindakan penguatkuasaan perkara itu bertujuan untuk memastikan keselamatan bayi berkenaan.

Ujarnya lagi, polis juga sedang melakukan siasatan termasuklah mengumpulkan bukti terhadap dakwaan transaksi bernilai 20 juta rupiah berkenaan.

“Polis perlu mengutamkan rundingan selain penguatkuasaan undang-undang. Perkara paling penting ialah manga berhaya diselamatkan.”

Bapa bayi ditahan untuk bantu siasatan

Sehubungan itu, bapa kandung kepada bayi itu telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut kesalahan disyaki pemerdagangan orang.

Polis juga sedang melakukan siasatan atas penglibatan semua pihak yang berkait dengan kes itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved