Kes Bunuh Anak Kandung Terbongkar, Lelaki 40 Tahun Ditahan Selepas Tiga Tahun

LocalFamily & Parenting
28 Jul 2026 • 2:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bapa kandung kepada seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dipercayai dibunuh kira-kira tiga tahun lalu diberkas selepas polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian kanak-kanak itu.

Image from: Kes Bunuh Anak Kandung Terbongkar, Lelaki 40 Tahun Ditahan Selepas Tiga Tahun

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, laporan berhubung kejadian tersebut pada mulanya dibuat oleh seorang doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 13 September 2023.

Menurut beliau, mangsa dibawa ke hospital oleh bapanya yang kini berusia 40 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami kesan lebam di bahagian pinggang, perut menggelembung serta bengkak pada bahagian dubur.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.40 pagi hari sama. Pada peringkat awal, polis klasifikasi kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki berlaku pengabaian sehingga menyebabkan kematian mangsa.
“Sepanjang siasatan dibuat, seramai 13 individu termasuk ahli keluarga dan keluarga pengasuh mangsa dipanggil bagi membantu siasatan selain mengambil sampel darah untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Bagaimanapun, analisis Jabatan Kimia gagal mengenal pasti suspek kerana kesan cecair yang dipercayai air mani ditemui pada bahagian dubur mangsa tidak mencukupi untuk dianalisis dan dibuat perbandingan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Ab. Rahaman berkata, hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan bapa kandung mangsa pada 8 Julai lalu, diikuti bapa saudara mangsa yang berusia 35 tahun pada 22 Julai.

“Semakan mendapati bapa kandung mangsa yang bekerja sebagai buruh di Singapura tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Bapa saudara mangsa pula mempunyai 13 rekod jenayah lampau, manakala ujian urin mendapati suspek positif ganja,” jelasnya.

Beliau berkata, penemuan baharu dalam siasatan turut membuka kemungkinan mangsa diliwat oleh bapa kandungnya, namun perkara itu masih disiasat.

Artikel lain: Dibantu Isteri, Bapa Bunuh 5 Anak Sebab Tak Tahan Dengar Tangisan

“Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik bapa kandung mangsa turut menemukan gambar dan video lucah. Susulan perkembangan itu, kes diklasifikasi semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.
“Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan, manakala bapa saudara mangsa yang dibebaskan akan menjadi saksi pendakwaan,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan (Khairul Mohd Ali)

The post Kes Bunuh Anak Kandung Terbongkar, Lelaki 40 Tahun Ditahan Selepas Tiga Tahun appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved