Bapa hidap kanser prostat tahap 4, gadis ambil alih urus ternakan biri-biri

23 Jan 2025 • 7:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bapa hidap kanser prostat

Seorang gadis ambil alih urus ternakan biri-biri dari bapanya selepas warga emas berkenaan disahkan hhidap kanser prostat tahap empat.

Menerusi perkongsian video di TikTok milik gadis berkenaan dikenali sebagai Jannah Ahmad, dia telah memuat naik rutin hariannya yang perlu ke kandang tempat biri-biri ditempatkan untuk memberi makan.

Gadis ambil alih tugas lepas bapa hidap kanser prostat

Dalam video tersebut, Jannah telah berkongsi momen sewaktu mengambil pelepah kelapa sawit bagi diberikan kepada biri-biri di kandang.

Dia juga memaklumkan dirinya mempunyai enam orang adik beradik dan hanya dia yang tinggal bersama ibu bapa yang kurang sihat di rumah.

image is not available

Bapa hidap kanser prostat, gadis tak kekok lakukan tugasan lelaki

Menerusi video lain yang dimuat naik ke TikTok, gadis terbabit turut berkongsi aktivitinya yang memikul tong racun bagi melakukan semburan untuk ternakan-ternakan lain yang ada di rumahnya.

Dia juga dilihat melakukan kerja-kerja kampung yang lazimnya dilakukan oleh kaum lelaki tanpa rasa kekok walaupun seorang wanita.

image is not available

Semoga kuat lalui cabaran hidup dik

Perkongsian yang dibuat di platfrom TikTok itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji usahanya menceburi bidang yang jarang dilakukan golongan wanita demi ibu bapa tersayang.

Ada juga yang berseloroh mengatakan gadis sebeginilah yang boleh meminta hantaran tinggi sewaktu mahu berkahwin kerana mempunyai kemahiran serta tidak kekok melakukan kerja-kerja yang dianggap kotor.

image is not available

Alhamdulillah pewaris sanggup sambung usaha orang tua

image is not available

Semoga setiap kebaikan dibalas oleh Allah S.W.T

image is not available

Ni baru calon isteri idaman

image is not available

Semoga setiap yang dilakukan pengguna TikTok ini menemui kejayaan dan mendapat ganjaran yang cukup besar kerana cekal berbakti dengan orang tua yang kurang sihat.

Sumber: TikTok Jannah Ahmad

View Original Article