Bapa Kongsi Video Kenangan Bersama Asiah, “Kami Akan Rindu Celoteh Asiah Sayang”

LocalFamily & Parenting
15 Oct 2026 • 6:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bapa Kongsi Video Kenangan Bersama Asiah, “Kami Akan Rindu Celoteh Asiah Sayang”

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi apabila pemergian itu berlaku tanpa diduga.

Bagi ibu bapa, kenangan bersama anak pastinya menjadi antara perkara yang paling sukar untuk dilepaskan.

Walaupun masa terus berjalan, setiap gambar, video dan momen yang pernah dilalui bersama tetap menjadi pengubat rindu.

Video Kenangan Bersama Asiah

Baru-baru ini tular satu kemalangan di Jalan Kuching yang mengakibatkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir meninggal dunia.

Kejadian itu meruntun hati orang ramai, malah ramai yang menggesa agar tindakan sewajarnya diambil terhadap lelaki yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Ahmad Syahir menerusi perkongsian di TikTok miliknya memuat naik satu video kenangan bersama Asiah.

"Wahai anak abi dan umi, kami akan rindu celoteh Asiah sayang," katanya menerusi kapsyen video.

Image from: Bapa Kongsi Video Kenangan Bersama Asiah, “Kami Akan Rindu Celoteh Asiah Sayang”

Video berkenaan memaparkan detik manis Ahmad Syahir mendukung Asiah ketika mereka berada di Tanah Suci.

Mereka dalam perjalanan untuk ke Masjid Nabawi ketika itu.

"Asiah doa banyak-banyak, jom solat," antara celoteh Asiah dalam video itu.

Celoteh dan gelagat ceria Asiah dalam video itu mengundang sebak dalam kalangan netizen.

"Asiah tengah buat apa di sana? Dengan kawan-kawan sebaya yer? Asiah kena tunggu abi dengan umi Asiah tau. Asiah tarik abi dengan umi Asiah masuk syurga sama-sama nanti yer," kata seorang netizen.

"MasyaAllah bijaknya Asiah.. Asiah dah bahagia kat syurga, beruntung ayah ibu Asiah ada anak syurga," kata seorang lagi.

Baca juga:

Semoga roh Allahyarhamah Asiah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved