“Saya harap undang-undang Malaysia adil” – Bapa Asiah Reda Tapi Mahu Keadilan Buat Arwah Anak

14 Oct 2026 • 2:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

kemalangan jalan kuching asiah

Kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata pastinya menjadi satu ujian yang cukup berat buat mana-mana ibu bapa. Lebih memilukan apabila pemergian itu berlaku dalam kemalangan jalan raya yang tidak disangka-sangka.

Itulah yang dilalui Ahmad Syahir Mohammad Nor Izam, bapa kepada Asiah Ahmad Syahir, 5, yang maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Sabtu lalu.

Meskipun reda menerima pemergian anak perempuannya, Ahmad Syahir berharap keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman sewajarnya.

“Saya tak dapat minta anak saya kembali, apa yang saya minta hanyalah keadilan,” katanya.

Katanya, dia tidak menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak, sebaliknya berharap siasatan dapat dijalankan dengan telus agar keadilan dapat ditegakkan.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Ahmad Syahir yang bertugas sebagai bilal berkata, dia bersama isteri dan dua anak mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Pencala selepas bersiar-siar di Keramat.

Mereka ketika itu bergegas pulang kerana dia perlu melaungkan azan Asar. Namun, perjalanan pulang yang sepatutnya berlangsung seperti biasa bertukar menjadi tragedi yang meragut nyawa anak tersayang.

Ahmad Syahir berkata selepas kemalangan berlaku, dia cuba menenangkan diri bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil ketika itu.

Katanya, dia dan isteri berada dalam keadaan sedar selepas kejadian membolehkan mereka bertindak dalam situasi cemas berkenaan.

843533917 3449155945259148 7758526950700623146 n

Artikel berkaitan: “Asiah bangun, kita nak sampai hospital ni” – Saksi Kemalangan Sebak Dengar Rayuan Bapa Cuba Selamatkan Anak

Artikel berkaitan: Kanak-Kanak M*ut Kemalangan 6 Kenderaan, Pemandu BYD Seal Berjaya Dikesan Polis

Dalam pada itu, Ahmad Syahir berharap kes itu diserahkan kepada proses undang-undang dan menjadi titik permulaan kepada penambahbaikan dalam menangani kes kemalangan yang mengakibatkan kematian.

“Jika kita lihat kes-kes sebelum ini, termasuk kes langgar lari yang mengakibatkan kematian, ada mangsa yang tidak mendapat pembelaan.

“Saya sangat berharap undang-undang di Malaysia dapat dilaksanakan dengan adil dan membuktikan bahawa sistem perundangan negara ini telus, itu yang saya harapkan,” katanya.

Sementara itu, siasatan kemalangan membabitkan enam kenderaan itu masih dijalankan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, pemandu BYD Seal berusia 24 tahun yang dipercayai terbabit dalam kemalangan itu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved