Bapa lapor polis dakwa anak maut jatuh tingkat 22 kondominium kerana dibuli

LocalFamily & Parenting
20 Aug 2025 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bapa mangsa menunjukkan gambar lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki membuat laporan polis selepas mengesyaki kematian anak perempuannya yang terjatuh dari tingkat 22 sebuah kondominium di Setapak di sini pada Rabu berpunca kerana perbuatan buli.

Lelaki dikenali sebagai Jeff Ho, 50-an berkata, anaknya berusia 22 tahun merupakan penuntut universiti swasta di Kuala Lumpur.

"Saya diberitahu oleh pihak pengurusan kondominium kira-kira jam 8.45 pagi bahawa anak meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 kira-kira sebelum bergegas ke lokasi.

"Saya difahamkan oleh rakan anak (mangsa) bahawa rakan-rakan tempatnya belajar disyaki telah buli mentalnya.

"Ada tekanan dari kawan-kawannya kerana perselisihan pendapat," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju di sini pada Rabu.

Kata ahli perniagaan itu, anak kedua daripada tiga beradik itu juga pernah mengadu tentang perkara itu kepada kakak dan adiknya.

Tambahnya, anaknya itu juga pernah diselamatkan oleh pihak pengawal keselamatan selepas dipercayai cuba terjun dari kediamannya pada minggu lepas.

Jelasnya, diharap pihak berkaitan dapat mengutamakan hal ini bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang hingga individu lain menjadi mangsa.

Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved