Dakwa Terdengar Bunyi Ketukan Pintu, Lelaki M*ut Jatuh Dari Tingkat 27 Selepas ‘Check-in’ Dengan Tunang

Entertainment
15 Aug 2025 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki berusia 24 tahun ditemukan maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 27 di sebuah kondominium di Kota Syahbandar, Melaka.

Menurut polis, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi Khamis selepas mangsa bersama tunangnya yang berusia 21 tahun baru beberapa jam mendaftar masuk ke unit itu.

Kejadian disedari penyewa lain di tingkat lapan selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari kawasan kolam renang yang terletak di tingkat tujuh.

“Saksi memaklumkan ternampak objek seperti manusia dalam kolam dan terus menghubungi balai polis untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan polis yang tiba mengesahkan objek terapung dalam kolam renang adalah mayat seorang lelaki dengan keadaan tangan kirinya terputus, dipercayai terjatuh dari tingkat atas,” katanya.

image is not available

Polis kemudiannya mendapatkan bantuan pihak bomba untuk mengeluarkan mayat dari kolam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa memberitahu tunangnya bahawa dia terdengar orang mengetuk pintu rumah sebelum keluar ke balkoni untuk cuba turun ke tingkat bawah.

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam renang di tingkat tujuh.”

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan tiada individu lain yang terlibat semasa kejadian berlaku.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk tujuan bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan bahawa kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.