
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.”
Pasti ramai yang pernah mendengar ungkapan ini bukan? Memang benar kasih sayang ayah terhadap anaknya adalah sepanjang masa, bahkan hingga ke akhir hayatnya.
Malah, insan yang bergelar bapa ini juga sanggup berkorban apa sahaja tanpa memikirkan risiko keselamatan diri demi anak yang disayangi.
Bapa lemas ketika cuba selamatkan anak terjatuh dalam sungai
Seperti baru-baru ini, cubaan seorang bapa untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai berakhir tragedi selepas dia pula yang menjadi mangsa lemas.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, Klang pada petang semalam (26 Mac).
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.42 malam.
Anak jatuh sungai ketika sedang memancing bersama ayah
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba dimaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun memancing bersama anak lelakinya berusia 11 tahun sebelum anaknya terjatuh ke dalam sungai.
“Mangsa dipercayai terjun ke sungai untuk menyelamatkan anaknya, tetapi anak mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam, namun lelaki berkenaan pula tidak ditemukan,” katanya dipetik Harian Metro.
Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya kemudian meninjau kawasan terbabit bagi mengesan mangsa dan pada jam 9 malam semalam, mayat lelaki berkenaan telah ditemui pada jarak tiga meter dari lokasi anak mangsa dipercayai terjatuh.
“Operasi membawa naik mangsa dilakukan oleh anggota bomba bertugas,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Hasrat Bawa Pulang ‘Pampers’ Anak Tak Kesampaian, Bapa Maut Kemalangan
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bangga, Bapa Sanggup Berniaga Jual Beg Tangan Untuk Sekolahkan Anak Hingga Universiti


![“Gearbox Rosak Kot” – Ramai Terhibur Lihat ‘Uncle’ Ini Jalan Kaki Secara Mengundur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)
![Dah Potong PCB Tapi Tak Fail Cukai Pendapatan? Anda Mungkin Berdepan Potongan CP38 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/personal-finance.jpeg)
![Lelaki Gigih Bergayut Pada Pagar Longkang Cuba Selamatkan Kucing Raih Pujian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![Rider Nyaris Kemalangan Gara-Gara Pemandu Lori Selamba Buat Pusingan U Haram Buat Netizen Berang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)