Bapa Malas Kerja, Anak Kecewa Ibu Terpaksa Tanggung ‘Biawak Hidup’ Bertahun-tahun

Entertainment
29 Jul 2024 • 5:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kehidupan berumah tangga memang ada pasang surutnya. Sebab itu pentingnya suami isteri untuk saling membantu bagi meringankan beban keluarga.

Anak sedih mak tanggung ‘biawak hidup’

Seorang anak perempuan berkongsi rasa sedih apabila ibunya terpaksa bekerja keras bagi menampung keluarga, sedangkan bapanya malas bekerja. Luahan itu diceritakan dalam hantaran NGL oleh @meinmokhtar

Ayah aku boleh dikatakan malas bekerja. Selama ni mak aku je yang tanggung. Maka aku kerja government sebagai cikgu, Mak aku hari-hari paksa dia (ayah) cari kerja tapi dia tak nak.

Ayah aku OKU, buta sebelah mata tapi fizikal lain ok je tak ada masalah. Jadi, setiap bulan ayah akan dapat duit RM400 dari JKM.

Dia yang kini berumur 21 tahun juga anak sulung turut bekerja dan dibayar gaji RM1,500 sebulan untuk meringankan beban ibu. Kadangkala, ibunya mengadu duit tidak cukup untuk menanggung keluarga.

Aku pun bantu dari segi duit walaupun duit aku cukup-cukup makan. Tapi ayah aku? Bila kami minta duit, dia selalu bagi alasan tak ada duit. Tapi, hari-hari boleh beli rokok.

image is not available
Sumber: x

Minta kemas rumah pun malas

Bapa yang sepatutnya menjadi ketua keluarga itu juga malas mengemas rumah dan culas menguruskan hal anak.

Bila suruh kemas rumah dan masak pun malas. Sampaikan kalau aku balik rumah, sampah dekat dapur boleh berulat sebab tak dibuang.

Pagi aku hantar adik aku ke kolej, bila balik adik aku minta ayah aku ambilkan, tapi ayah marah dan paksa dia balik naik Grab guna duit sendiri.

Namun, kesihatan ibunya semakin terjejas kerana beban yang ditanggung selama ini.

Mak aku kerja, balik rumah kena masak, kemas rumah, basuh baju. Lutut mak aku tak kuat, jalan pun kadang tak betul. Bil rumah pun aku dengan mak aku yang bayar. Baju ayah pun mak yang belikan termasuklah pakaian dalam.

image is not available
Sumber: x

Tak pernah bagi nafkah

Katanya lagi, ibunya tidak pernah diberi nafkah zahir sejak berkahwin dan sehelai pakaian pun tidak pernah dibelikan. Fikirkan tentang anak-anak perempuan, ibunya memilih untuk tidak bercerai.

Nafkah kami sebagai anak lagi tak pernah bagi sebab mak aku yang tanggung dari bayi sampai ke belajar. Sampai aku tertanya, ayah aku ni tak malu ke hidup bini tanggung?

Ayah sahaja wali yang kami ada. Tapi kami rasa rumah ni tak perlukan lelaki sebab semuanya perempuan yang buat dalam rumah ni.

Disebabkan itu, dia berasa trauma untuk berkahwin kerana takut dapat suami yang tidak bertanggungjawab.

image is not available

Moga anon diberi kekuatan!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article