Bapa masih berbaju kerja tinggalkan tugas sekejap demi anak nak ambil STPM

LocalFamily & Parenting
22 Dec 2024 • 3:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bapa masih berbaju kerja

Seorang bapa masih berbaju kerja mencuri tumpuan apabila menyempatkan diri untuk menghadiri program sekolah demi anaknya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok Ceo Motivasi, dapat dilihat seorang bapa yang duduk di samping anak perempuannya sebak sewaktu program berkenaan berlangsung.

@kakanneomey

Allahu sedihnya rasa, bila mana seorang ayah tinggalkan kerjanya sebentar utk luangkan masa bersama anak tercinta walaupun sebentar.Air mata yg jatuh, sudah pasti ada sesuatu yg dipendam dan dirasai. Moga Allah permudahkan urusan pkcik ni dan anaknya yg bakal menduduki STPM tak lama lg#fyp #fypage #fypシ゚ #ibuayah #motivasi #motivasi

♬ suara asli - -

Bapa masih berbaju, tetap luang masa demi anak

Menerusi kapsyen yang disertakan, kakanneomey atau Ceo Motivasi memaklumkan dirinya berasa hiba apabila melihat kegigihan seorang bapa yang meluangkan masa untuk anak tersayang walaupun ketika itu sepatutnya dia sedang bekerja.

Ujarnya, air mata yang jatuh sewaktu program berlangsung mungkin kerana begitu tersentuh dan ada sesuatu yang dipendam serta dirasai sebagai seorang bapa.

image is not available

Bapa masih berbaju kerja seorang ayah yang luar biasa

Susulan daripada itu, dia mendoakan agar urusan bapa masih berbaju kerja terbabit serta anaknya yang bakal menduduki peperiksaan SPTM kelak dipermudahkan.

Disebabkan video berkenaan tular, anak kepada lelaki separuh usia itu telah meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa sangat berbangga mempunyai seorang ayah yang cukup penyayang.

Ujarnya, lelaki itu tidak pernah mengeluh dan berkira kepada anak-anak dan menganggap bapanya adalah seorang ayah yang cukup luar biasa.

image is not available

Ayah yang hebat & bertanggungjawab

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila rata-rata turut tersentuh dengan momen yang anak berada itu.

Mereka juga mendoakan agar urusan pelajar dan bapanya dipermudah serta ada juga yang turut berkongsi kisah hampir sama dengan situasi tersebut.

image is not available

Cemburu lihat seorang bapa yang bangga dengan anaknya

image is not available

image is not available

Ada yang punyai kisah hampir sama

image is not available

Semoga anak-anak pak cik itu dapat membanggakan bapa serta keluarga lebih-lebih lagi melihat dari layanan yang penuh kasih sayang dari seorang insan bergelar ayah.

Sumber: TikTok kakanneomey