Bapa menangis teresak-esak rayu jaminan untuk lawat kubur dua anak

LocalPolitics
12 Sep 2025 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tertuduh, Abdul Rahman Mahmud, 46, ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban. Foto Bernama

SEREMBAN - Bapa kepada dua beradik yang lemas dalam insiden kereta menggelongsor ke dalam Sungai Linggi awal September lalu menangis teresak-esak merayu kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat supaya dibenarkan jaminan untuk melawat kubur anak-anaknya.

Terdahulu tertuduh, Abdul Rahman Mahmud, 46, yang tidak diwakili peguam sebelum itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin boleh membawa kematian terhadap kanak-kanak lelaki berusia enam dan lapan tahun.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 11.45 pagi pada 4 September di muara Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson.

Dia dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Timbalan Pendakwa Raya, M Pusppa kemudian memohon tarikh sebutan semula kes kerana laporan forensik, kimia dan Puspakom masih belum siap.

Beliau juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana bimbang dia akan melarikan diri.

Surita kemudian menolak permohonan jaminan dan menetapkan 10 November sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen serta memberi masa kepada tertuduh untuk melantik peguam.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved