Bapa Minta Maaf Gelar Anak ‘Mini Wife’, Perjelas Dakwaan Netizen Konten Dating Bersama

LocalFamily & Parenting
20 Aug 2025 • 3:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’.

Meninjau di platform Threads, ramai warganet meluahkan rasa kurang senang apabila kanak-kanak berusia 8 tahun itu dilihat bersolek dan berpakaian seperti wanita dewasa, yang dianggap tidak sesuai untuk fasa kanak-kanak biasa.

image is not available

Menjawab kecaman itu, bapa Rania tampil menerusi satu kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar dan memohon maaf.

“Untuk pengetahuan semua, saya seorang bapa tunggal yang membesarkan Rania seorang diri sejak usianya 8 bulan. Walaupun Rania masih mempunyai ibu, selepas perceraian saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab menjaga kebajikan anak saya,” jelasnya.

Bapa Minta Maaf Gelar Anak ‘Mini Wife’

Bapa tersebut turut menjelaskan bahawa sejak kecil, Rania memang gemar berhias kerana terbiasa menemaninya ke pelbagai majlis kerja dan sosial.

Dari situ, Rania mula selesa dengan penampilan kemas, bersolek, memakai pakaian cantik, dan ada kalanya kasut tumit tinggi.

image is not available

Mengenai istilah ‘mini wife’, beliau menegaskan ia hanyalah ungkapan sarkastik untuk membalas segelintir pihak yang kerap melabelkan Rania dengan gelaran itu.

“Secara jujur, kami sendiri tidak pernah selesa dengan panggilan tersebut,” tambahnya.

image is not available

Beliau juga menekankan bahawa setiap projek atau kempen dijalankan atas persetujuan anaknya.

Bayaran yang diterima diagihkan secara adil, di mana sebahagiannya untuk Rania dan sebahagian lagi disalurkan kepada kebajikan, termasuk sokongan terhadap program anak yatim.

Farish dan Rania mula tular di TikTok dengan momen bersiap bersama, termasuk mekap dan memakai tudung. Walaupun setiap video berjaya mengumpul ratusan ribu tontonan, istilah ‘mini-wife’ akhirnya mencetuskan kontroversi besar.

Sumber: Threads raniafarisya_official