“Fatima tak pandai, tak comel”- Anak Fazura Dan Fattah Luah Perasaan, Dikatakan Tak Comel Oleh Ahli Keluarga?

Entertainment
9 Aug 2025 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Luahan anak pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet terutamanya para peminat ibu dan bapanya.

image is not available

Fatima meluahkan perasaannya di mana kanak-kanak berusia lima tahun itu menceritakan ada seseorang yang mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.

Fatima menceritakan perkara tersebut kepada ibunya, Nur Fazura ketika Fazura sedang membuat siaran langsung di media sosial.

image is not available

Video tersebut kemudiannya sempat dirakam skrin (screen record) oleh peminat sebelum ia dimuat naik semula ke platform media sosial Threads. Boleh tonton video tersebut di sini.

Fatima yang tidak kelihatan dalam video difahamkan berada di sebelah Fazura namun suara si comel itu dapat didengar dengan jelas.

Fatima menceritakan bahawa ada yang mengatakan dia tidak comel dan tidak pandai. Apabila ditanya oleh Fazura siapakah individu yang mengatakan Fatima tidak comel dan pandai, Fatima menjawab, ‘Nenda’.

‘Nenda’ dipercayai merupakan panggilan kepada salah seorang ahli keluarga anak Fazura dan Fattah itu.

Fazura kemudiannya menjawab, “I don’t think she says that” atau “Mommy tak rasa nenda cakap seperti itu”.

Namun, Fatima menjawab semula, “It’s true”, ia adalah perkara yang benar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat Fazura bimbang dengan kata-kata ‘nenda’ itu kerana risau ia boleh memberi kesan kepada perkembangan psikologi si cilik itu.

image is not available

Menurut salah seorang peminat yang sempat menonton siaran live Fazura itu, dia mengatakan sebelum luahan perasaan oleh Fatima itu, Fazura sedang berinteraksi dengan peminat menerusi live dan Fazura dan Fatima bercakap tentang topik-topik yang tidak berkaitan dengan perkara tersebut.

Namun, secara tiba-tiba Fatimah meluahkan perasannya tentang perkara berkenaan.

image is not available

Dalam masa yang sama, berikut adalah jawapan Fazura apabila ada juga warganet yang risau dengan respon Fazura terhadap luahan anak tunggalnya itu.

image is not available

Semoga yang baik-baik sahaja buat Nur Fatima Aisya yang comel dan bijak ini.

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.